Isu berkenaan rehat dan kebajikan pemain sering diketengahkan peminat seluruh dunia yang merisaukan pasukan kesayangan bermain tanpa henti.
Dan ia menjadi kewajiban Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk meringankan beban memandangkan jadual padat melibatkan negara dan kelab memenatkan pemain.
Menurut sumber, FIFA bersama beberapa wakil pemain dan badan induk dunia mencapai kesepakatan untuk menetapkan kadar tempoh rehat selama 72 jam antara satu perlawanan ke perlawanan seterusnya.
Ini bermaksud, pemain perlu berehat selama tiga hari selepas selesai satu aksi, sebelum bermain semula pada aksi berikutnya.
Selain itu, pemain bakal menikmati sekurang-kurangnya 21 hari cuti pada setiap akhir musim.
Untuk makluman, Piala Dunia Kelab menerima kritikan hebat daripada segelintir pihak akibat berlangsung tanpa henti usai musim tamat dan selepas tugasan antarabangsa.
Bagaimanapun, pelaksanaan masih belum dikenal pasti kerana memerlukan kerja-kerja teknikal yang perlu dibincang semula bersama kelab, pemain, badan induk serta syarikat penyiaran.
Menurut FIFA, satu hari rehat setiap minggu juga harus dibenarkan dan permintaan perjalanan serta keadaan iklim akan turut diambil kira dalam perancangan kejohanan masa hadapan.

FIFA says players' representatives and the sport's governing body have reached a consensus on the need for a period of rest of 72 hours between matches.https://t.co/Q3hOvIJc7e
— Firstpost Sports (@FirstpostSports) July 13, 2025