Bekas pemain bola sepak negara, Datuk Richard Scully, menyifatkan kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, ke Kuala Lumpur sebagai peluang terbaik buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai isu tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Richard melihat pelancaran FIFA Arena di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana hari ini sebagai petanda baik buat bola sepak negara terutama membabitkan program pembangunan akar umbi.
"Satu peluang baik untuk bola sepa kebangsaan bertemu dengannya, untuk berbincang keadaan semasa, apa yang sedang berlaku.
"Walaupun itu bukan tujuan rasmi kehadirannya di sini tapi peluang ini harus diguna pakai.
"Apa juga yang berlaku, kita mahu pencerahan yang baik daripada presiden FIFA sendiri," katanya.
Richard turut berharap agar segala kemelut yang melanda Harimau Malaya ketika ini dapat menemui jalan penyelesaian terbaik demi memastikan kelangsungan bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa.
"Dengan pembukaan FIFA Arena, ini satu tambah nilai buat pasukan kebangsaan ini kerana satu kesinambungan bola sepak di arena global dan Malaysia," katanya.
Gear Up Sekarang

Nike Phantom 6 Low Pro
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang