Bruno Fernandes tidak mengalami kecederaan dan bersedia untuk dipertaruhkan ketika berdepan Liverpool walaupun terlibat dalam kemalangan kereta sewaktu dalam perjalanan ke gelanggang latihan, menurut pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick.
Gambar-gambar yang berlegar di media sosial sekitar malam tadi itu memaparkan Fernandes kelihatan sedang memeriksa kerosakan kenderaan jenama Porsche yang dipandunya selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan lain.
Tiada sebarang kecederaan yang terlibat ketika itu, lantas Fernandes dijangka berlatih seperti biasa menjelang kunjungan ke Anfield, awal pagi esok.
Rangnick mengesahkan dalam sidang akhbar pra-perlawanannya bahawa perancang itu tidak mengalami sebarang cedera dan sepatutnya bersedia untuk bertemu The Reds.
Dia memberitahu pemberita: "Ya, dia sedang menjalani latihan bersama pasukan.
"Kemalangan itu berlaku ketika dia dalam perjalanan ke Carrington (pangkalan latihan United). Setahu saya, tiada siapa yang tercedera.
"Dia sedang berlatih bersama pasukan dan baik-baik saja, itulah sebabnya saya fikir dia juga ridak berdepan masalah (untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris yang seterusnya)."
United berharap dapat memusnahkan harapan Liverpool untuk menggondol empat trofi musim ini selain mencerahkan peluang untuk mendaki ke kedudukan empat teratas.