Pemain tengah Felda United, Jasazrin Jamaluddin, menyasarkan sekurang-kurangnya satu mata dalam aksi Liga Super berdepan pasukan di tangga kedua, Pahang, di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam esok.
Jasazrin mengakui keadaan Felda United yang ketika ini hanya meraih satu kemenangan, tiga keputusan seri dan dua kekalahan -- daripada enam perlawanan pertama Liga Super -- memerlukan mereka untuk bekerja lebih keras bagi menjinakkan skuad Tok Gajah itu.
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mahu rakan sepasukannya untuk meningkatkan kembali momentum permainan selepas waktu rehat antarabangsa.
"Ia agak merisaukan memandangkan kekuatan Pahang itu memang sudah tidak dapat dinafikan lagi.
"Pahang lawan yang sukar dan jika kami tidak boleh meraih kemenangan, kami sekurang-kurangnya perlu mendapatkan satu mata," katanya.
Jasazrin turut berpendapat ketiadaan tonggak penting pasukannya, Danial Amier Norhisham, yang tercedera sewaktu membantu skuad B-23 negara dalam kempen kelayakan Kejohanan AFC baru-baru ini, mungkin akan merencatkan perancangan pasukannya.
"Ketiadaan Daniel memberikan kesan terhadap Felda United memandangkan kami memerlukan kelebihannya untuk memafaatkan pasukan.
"Saya berharap pemain yang akan menggantikannya nanti dapat memberikan aksi sebaik dia," tambahnya.