Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman, menegaskan Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap perlu mengkaji semula pemilihan pengadil bagi mengelak keraguan peminat bola sepak terhadap kredibiliti Liga Malaysia (Liga-M).
Aksi Liga Super membabitkan pertemuan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Felda United di Stadium Larkin kelmarin mencetuskan kontroversi.
Ini susulan pengadil, Fitri Maskon, yang ditugaskan mengadili perlawanan itu dilahirkan di Johor tetapi didaftarkan sebagai pengadil di Melaka.
Perlawanan itu menyaksikan tiga layangan kad merah ke atas Felda oleh Fitri selain lapan minit masa pemberhentian yang memberikan kelebihan buat JDT untuk menewaskan lawan itu 3-1.
Semalam, FAM menerusi Jawatankuasa Pengadil menegaskan tempat lahir tidak boleh dijadikan modal bagi menentukan tahap integriti seseorang pengadil.
Turut dijelaskan, tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana pengadil untuk mengadili perlawanan yang membabitkan pasukan negeri kelahirannya dan perkara sama pernah terjadi dalam perlawanan sebelum ini.
Namun, perkara itu tidak dipersetujui Afizal yang berasakan prosedur FAM dalam pemilihan pengadil tidak bersesuaian.
"FAM boleh mengkaji semula aspek pemilihan pengadil supaya tidak berlaku persepsi (buruk) daripada persatuan, pasukan dan masyarakat," katanya.