Pengendali Felda United, Mohd Nidzam Jamil, mengakui keampuhan barisan bimbingannya bakal terjejas ekoran kecederaan yang dialami Danial Amier Norhisham hujung minggu lalu ketika bersama skuad B-22 negara dalam kelayakan Kejohanan AFC B-23.
Sebelum ini, Danial ditimpa malang apabila mengalami kecederaan ketika aksi pertama berdepan Filipina.
Nidzam mengakui ia merencatkan perancangannya dalam beberapa perlawanan akan datang apabila pemain berusia 22 tahun itu perlu direhatkan selama dua bulan ekoran kecederaan metatarsal.
"Bukan saya sahaja, mana-mana jurulatih sekalipun apabila kehilangan pemain seperti Danial Amier.
"Saya sendiri berasa kecewa kerana dia menunjukkan prestasi yang baik bersama skuad kebangsaan manakala dia dilanda kecederaan pada awal musim.
"Tetapi, saya masih mempunyai pemain seperti Zahril Azri Zabri, Jasazrin Jamaluddin dan pemain import, Jocinei Schad, untuk menampung bahagian tengah," katanya.
Bagaimanapun, Nidzam meletakkan kepercayaan kepada persembahan yang bakal ditampilkan oleh anak buahnya Sabtu ini walaupun ketika ini Pahang berada di tangga kedua Liga Super dengan 14 mata.
Bekas pertahanan kebangsaan itu percaya pasukannya sudah melakukan persiapan terbaik dalam tempoh rehat antarabangsa tanpa kelibat Daniel Amir.
"Saya gembira kerana dapat menggunakan tempoh sepanjang tiga minggu ini untuk memperbaiki kelemahan sementara ada pemain yang sudah pulih daripada kecederaan," katanya.