Jurulatih Felda United, Nidzam Jamil, mengambil pendekatan selamat berhubung keputusan kontroversi pengadil sambil mempertahankan taktikal 'meletakkan bas' ketika tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Larkin, malam tadi.
Felda menamatkan perlawanan dengan lapan pemain. Ia situasi yang jarang berlaku kepada mana-mana pasukan tetapi itulah nasib malang yang menimpa skuad bimbingan Nidzam itu.
Mereka terpaksa menghabiskan perlawanan tanpa tiga pemain, Zahril Azri Zabri, Thiago Junio dan ketua pasukan, Hadin Azman, ekoran dilayangkan kad merah.
Situasi itu menyebabkan The Fighters kempunan untuk membawa pulang sebarang mata, namun Nidzam enggan menjadi mangsa dengan mengelak daripada mengkritik mutu pengadilan.
"Saya berasakan anda semua di sini menonton aksi bola sepak sebanyak lebih 20-30 perlawanan setahun, anda semua boleh menilainya.
"Saya tidak mahu mengulas tentang pengadil. Saya berasakan sebagai pengadil, jurulatih dan pemain, kami perlu bergerak seiringan.
"Saya sendiri sebagai jurulatih juga perlu tingkatkan prestasi agar bola sepak boleh bergerak ke arah yang sama," katanya.
Bekas pemain kebangsaan itu sebaliknya rela menelan kepahitan biarpun anak buahnya hampir mengikat JDT menerusi corak permainan bertahan sepanjang perlawanan.
"Saya akui saya meletakkan bas di kubu sendiri.
"Kalau nak dibandingkan kualiti kami, misalnya Zahril yang baru berusia 20 tahun, jurangnya terlalu jauh.
"Hanya Louis Van Gaal yang boleh ke mari dengan pendekatan menyerang. Kalau kami turun dengan permainan seperti itu, awal-awal lagi dalam separuh masa pertama kami mungkin sudah kena 0-5," katanya lagi.