Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Favre positif walaupun Dortmund tewas

borussiadortmund-cropped_r5j0hx7nwaom1agfboo1mjy6y.jpg
Pengendali Borussia Dortmund, Lucien Favre, menegaskan dia melihat pasukannya daripada sudut positif meskipun ditewaskan Tottenham Hotspur hingga tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Jaringan Harry Kane membolehkan Spurs meraih kemenangan 1-0 di Signal Iduna park awal pagi tadi dan kelab Liga Perdana Inggeris itu mara menerusi agregat 4-0.

Namun, Favre menegaskan banyak perkara bagus yang dilihat dalam skuad Dortmund walaupun mereka kini hanya menang satu daripada lapan perlawanan terakhir bagi semua kejohanan.

"Secara keseluruhan, ia adalah perlawanan yang baik. Terdapat banyak perkara positif dalam babak pertama," katanya.

"Kami mungkin tewas 1-0 tetapi peluang untuk mara ke pusingan seterusnya musnah sejak pertemuan sebelum ini. Saya mengambil segala yang positif.

"Bagi saya, hanya satu pasukan yang ada dalam babak pertama. Kami perlu terus bermain seperti itu."

Dortmund mencatat 19 percubaan dalam aksi awal pagi tadi, termasuk tujuh yang mengenai sasaran tetapi gagal mendapatkan jaringan yang diperlukan.

Favre terkilan dengan kegagalan pasukannya yang gagal menggunakan kesempatan, terutama dalam babak pertama.

"Kami mempamerkan aksi hebat dalam babak pertama berbekalkan enam peluang mencipta jaringan. Malangnya, kami gagal menyumbat gol," tambah Favre.

"Kami mahu meneruskannya tetapi dibolosi selepas tiga atau empat minit dalam separuh masa kedua. Sejak itu, kami sedar ia sukar memandangkan kami perlu mendapatkan lima gol."

Advertisement

Must Watch Video