Pemain Borussia Dortmund, Jadon Sancho, perlu mempelajari banyak perkara, kata pengendali pasukan, Lucien Favre, yang mahu pemain berusia 18 tahun itu fokus kepada usaha untuk memenuhi potensi yang dimilikinya.
Sancho menyumbat lapan gol dalam Bundesliga hasil daripada 24 penampilan buat Dortmund musim ini tetapi menerima kritikan susulan kekalahan 2-1 di tangan Augsburg, Jumaat lalu.
Bekas pertahanan, Matthias Sammer, mendakwa Dortmund tidak matang sehingga membawa kepada keputusan itu dan Favre mengakui prestasi Sancho yang cemerlang musim ini tidak begitu konsisten.
"Sancho seorang pemain bagus dan sangat berbakat," kata Favre.
"Dia berusia 18 tahun dan kadangkala usia itu mempamerkan turun naik.
"Dia beraksi dengan cemerlang dalam babak pertama musim ini, sama seperti ketika awal babak kedua musim ini tetapi turut mengalami turun dan naik.
"Banyak perkara yang boleh dipelajari dan dipenuhi. Namun, untuk setiap pemain, sesuatu bakat tidak memberi makna jika tiada kerja keras.
"Kerja keras adalah 90 peratus dan bakat terdiri daripada 100 peratus."
Dortmund akan melayan kunjungan Tottenham Hotspur awal pagi esok bagi aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas 3-0 dalam pertemuan pertama di Wembley tatkala tiada pasukan dalam sejarah kejohanan yang memenangi pusingan kalah mati selepas tewas dengan jumlah jaringan sama dalam aksi pertama.
Favre menolak kesan daripada kenyataan Sammer terhadap pasukannya yang hanya mendahului Bayern Munich dalam carta Bundesliga menerusi perbezaan gol.
"Saya sering bercakap dengan Sammer di permulaan musim," tambah Favre.
"Kami memiliki persefahaman yang baik. Namun, dia adalah wartawan dalam situasi seperti itu dan kami mengamalkan demokrasi. Semua orang boleh berikan pendapat.
"Saya mempercayai dia. Di kaca televisyen, Sammer berhak berkata apa sahaja. Ia tidak memberi masalah kepada saya tetapi saya tidak menonton rancangan itu. Saya tidak boleh menilainya."