Jurulatih PDRM, Fauzi Pilus, mengharapkan prestasi kesebelasan utamanya mampu kekal konsisten dalam pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Kedah, Jumaat ini.
Meskipun status mereka dalam saingan Liga Super musim depan masih belum pasti, tumpuan skuad The Cops kini kepada kempen Piala Malaysia dengan finalis tahun lalu, Kedah, menjadi halangan.
Mara ke separuh akhir merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah PDRM, lantas Fauzi berharap perjalanan mereka tidak terhenti di peringkat tersebut dan mahu kejayaan menyingkirkan Kelantan sebelum ini diulangi.
“Tiada apa yang kami risaukan. Apa yang penting adalah aksi yang konsisten daripada pemain ketika beraksi dalam perlawanan pertama separuh akhir di Alor Setar,” kata Fauzi.
Rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam Liga Super musim ini, menyaksikan satu kemenangan dicatat oleh Kedah, manakala satu lagi pertemuan di Melaka berakhir dengan keputusan seri.
Fauzi berpandangan Kedah adalah lawan yang serba lengkap dengan kemampuan tonggak import yang mampu menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan.
“Pemain-pemain muda yang berkaliber serta pemain-pemain yang berpengalaman seperti Baddrol Bakhtiar, mereka merupakan contoh pasukan yang mempamerkan permainan yang konsisten.”