Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Fauzan tidak sabar buat penampilan pertama musim ini

29417fauzan.jpg
Mohd Fauzan Dzulkifli, yang masih belum membuat penampilan bersama PKNS FC musim ini akibat kecederaan semakin tidak sabar untuk beraksi di posisi baharunya iaitu pertahanan tengah.

Fauzan adalah kapten PKNS pada musim 2014 tetapi berhijrah ke Felda United serta Pulau Pinang, sebelum kembali bersama pasukan lamanya itu.

Belum lagi beraksi akibat masalah kecederaan buku lali, kini Fauzan dijangka menjadi pilihan terbaik kepada jurulatih, E. Elavarasan, untuk mengatasi kelemahan di bahagian pertahanan.

Walaupun dia lebih dikenali selaku pemain tengah, Fauzan tiada sebarang masalah jika itu permintaan jurulatih.

"Sebenarnya, sebelum ini saya pernah berbaik di bek tengah, jadi tiada masalah bagi saya jika jurulatih memberi saya tugas itu. 

"Sebelum ini, pada 2014 dia juga pernah mencuba saya untuk posisi itu. Di mana jurulatih letak, kita harus bermain sebab apa yang disuruh adalah satu tanggungjawab kepada kita dan bermain sehabis baik," katanya.

Menurut Fauzan, dia optimis selepas liga berehat hampir sebulan, PKNS akan kembali bangkit memperbaiki kelemahan dengan kini sekadar di tangga kesembilan Liga Super.

Katanya, ketiadaan ramai pemain utama kerana kecederaan menjadi punca PKNS beraksi tidak konsisten dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super.

"Kalau saya tiada pun sebenarnya ramai lagi pemain bagus di sini. Selepas PKNS bermain semula di Liga Super, jadi kami perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri," katanya.

Pemain berusia 30 tahun itu pernah meraih zaman gemilangnya bersama Selangor sekitar 200/10 dengan menjulang kejuaraan Liga Super, sebelum bersama PKNS pada 2011 untuk membantu muncul juara Liga perdana.

Advertisement

Must Watch Video