Biarpun meledak jaringan tunggal kemenangan PKNS FC ke atas Kelantan malam tadi, Faris Ramli mengakui masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi pasukan dan dirinya jika mereka berhasrat kekal sebagai antara pencabar utama Liga Super sehingga akhir musim ini.
Pemain sayap dari Singapura itu sedar dia turut mensia-siakan beberapa lagi peluang gol pada babak pertama ketika bertemu Kelantan.
PKNS seharusnya berupaya mengesahkan kemenangan lebih awal jika peluang gol yang dicipta berjaya disudahkan.
"Bagi saya, untuk perlawanan akan datang, kami harus belajar daripada aksi ini.
"Kami harus sudahkan peluang yang ada, terutama saya yang banyak melepaskannya.
"Walaupun hanya dapat jaringkan satu gol, saya boleh melakukana lebih lagi.
"Ini kerana mereka (Kelantan) mampu bangkit seperti yang dilakukan dalam separuh masa kedua tadi," katanya.
Kedua-dua pasukan sekali lagi akan bertembung di Shah Alam pada Sabtu depan untuk aksi pusingan ketiga Piala FA.
Sementara itu, pengendali Semut Merah, Datuk K. Rajagobal, mengakui saingan liga musim ini lebih mencabar.
Walaupun merampas kedudukan selaku pendahulu liga buat seketika, Rajagobal berasakan masih terlalu awal untuk mengatakan PKNS mampu menjuarai liga musim ini.
"Ya, pemain mendapat keputusan selepas bekerja keras. Tetapi saya mahu melihat peningkatan agar ia lebih baik daripada perlawanan lalu.
"Mereka perlu terus belajar.
"Ini kerana pada tahun ini, secara jujurnya saingan sangat sukar kerana pasukan lain sangat kuat," kata pengendali itu pula.