Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan akan membuat rayuan berhubung denda sebanyak 50,000 Swiss Francs (RM209,952) yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Ia susulan insiden kekecohan penonton sewaktu aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 November lalu.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, berkata badan induk berkenaan telah menerima sepucuk surat berhubung denda itu minggu lalu dan telah menghantar surat maklum balas kepada FIFA untuk memperincikan jenis kesalahan berkenaan.
“Kami akan membayar denda berkenaan, namun kami meminta FIFA untuk memperincikan kesalahan tersebut dengan lebih lanjut.
"Sekiranya kami berasakan ada keperluan untuk merayu, kami akan membuat rayuan, namun kami akan menunggu perincian jenis kesalahan berkenaan terlebih dahulu,” katanya.
Perlawanan Malaysia dan Indonesia itu dicemari insiden berbalas balingan suar dan botol air di antara kedua-dua penyokong dan 41 penyokong, termasuk 14 penyokong Indonesia, dilaporkan ditahan polis selepas tamat perlawanan itu yang dimenangi Malaysia 2-0.
Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan FIFA memutuskan untuk mendenda FAM sebanyak 50,000 Swiss Franc selepas didapati bersalah melanggar artikel 16 dan 26 Kod Tatatertib FIFA sebanyak tiga kali.
FIFA sebelum ini dilaporkan telah memberi amaran kepada FAM susulan insiden kekecohan penonton sewaktu aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 September lalu.
Badan induk bola sepak dunia itu turut memberi amaran kepada FAM susulan kegagalan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, menghadiri sidang media pasca perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Vietnam di Hanoi, 10 Oktober lalu yang merupakan kesalahan di bawah artikel 26 Kod Tatatertib FIFA (kegagalan mematuhi kewajipan media).
Malaysia tewas, masing-masing dengan keputusan 1-2 kepada UAE dan 0-1 kepada Vietnam.
-- BERNAMA