PEMERHATI sukan dan bekas Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Christopher Raj menggesa FAM supaya segera mengadakan pemilihan presiden baharu tanpa perlu menunggu hingga tahun depan susulan krisis pemalsuan dokumen pemain warisan yang kini mencetuskan masalah besar dalam arena bola sepak negara.
Menurutnya, FAM kini seolah-olah beroperasi tanpa arah tuju yang jelas berikutan kekosongan tampuk kepimpinan, sekali gus menimbulkan persoalan tentang siapa yang akan mengetuai usaha rayuan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman berat yang dikenakan terhadap badan induk itu.
“FAM mesti segera memilih presiden baharu. Kita tidak perlu tunggu sampai tahun depan kerana sekarang tiada pemimpin. Sebuah persatuan yang tiada nakhoda. Dengan krisis yang sedang berlaku, siapa pemimpin yang akan membawa isu ini ke FIFA? Tiada,” katanya tegas.
Christopher turut menjelaskan bbahawa FIFA hanya akan berurusan secara rasmi dengan Presiden dan Setiausaha Agung FAM, bukan dengan mana-mana pihak lain, justeru pemilihan segera amat penting bagi memastikan proses komunikasi dan rayuan dapat dijalankan dengan teratur.
“Kenapa FAM mahu tunggu Februari untuk buat pemilihan? Mereka sepatutnya melakukannya pada November atau Disember. Tidak kira siapa jadi presiden, yang penting proses pemilihan perlu dijalankan segera,” katanya lagi.
Beliau turut mencadangkan agar FAM menubuhkan Jawatankuasa Siasatan khas (task force) yang terdiri daripada ahli bebas yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan bola sepak tempatan bagi menyiasat secara telus bagaimana kesilapan besar ini boleh berlaku.
“Pasukan task force ini perlu meneliti punca sebenar kegagalan, mengenal pasti kelemahan sistem, dan membentangkan laporan lengkap kepada presiden baharu FAM untuk tindakan susulan. Hanya melalui ketelusan dan akauntabiliti, keyakinan penyokong dapat dipulihkan,” jelasnya.
Krisis pemalsuan dokumen pemain warisan kini menjadi tamparan hebat buat bola sepak Malaysia, selepas FIFA mengenakan denda CHF350,000 serta penggantungan setahun terhadap tujuh pemain terlibat, manakala FAM kini dalam proses memfailkan rayuan rasmi terhadap keputusan tersebut.
Klik Sini Sekarang

NIKE 15% OFF
Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!
Klik Sini Sekarang