Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menuntut supaya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertanggungjawab atas pendedahan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Berikutan kenyataan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA terhadap pemalsuan dokumen tujuh pemain Harimau Malaya, Hannah menggesa FAM untuk tidak berdiam diri, sebaliknya menjelaskan secara terperinci kepada peminat tempatan.
Meskipun dihujani pelbagai kecaman, Hannah juga menyeru supaya penyokong terus memberikan sokongan kepada pemain Harimau Malaya yang akan bermain dalam kempen Kelayakan Piala Asia menentang Laos, Khamis ini.
Menerusi satu keputusan hasil siasatan yang dijalankan, terdapat percanggahan maklumat yang diperoleh FIFA, dan tidak sepadan dengan rekod asal di negara kelahiran sebenar.
Dokumen asal yang dipaparkan oleh FIFA menunjukkan datuk atau nenek tujuh pemain 'Malaysian Abroad' itu tidak dilahirkan di Malaysia.
Hasil semakan FIFA melalui rekod pendaftaran di negara-negara berkaitan, ia jelas membuktikan bahawa ketujuh-tujuh pemain itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Malaysia.
FAM diperintah membayar denda yang ditetapkan, selain Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano, telah dikenakan penggantungan 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak bermula tarikh yang dimaklumkan.
Klik Sini Sekarang

NIKE 15% OFF
Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!
Klik Sini Sekarang