Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menghantar jurulatih tempatan berguru di Jepun sebagai salah satu langkah untuk menaikkan taraf bola sepak tempatan menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandangani di Putrajaya, hari ini.
Ia sebahagian perancangan daripada MoU yang ditandangani FAM bersama Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) selain bantuan teknikal yang diperlukan buat skuad belia, wanita dan pembangunan.
Presiden JFA, Kohzo Tashima, tidak menolak MoU itu akan memberi manfaat buat barisan pemain tempatan untuk di bawa ke Jepun beraksi dalam Liga-J.
"Liga Super Malaysia memiliki ramai pemain berpotensi.
"Saya fikir mereka boleh beraksi dalam Liga-J. Sebilangan pemain Asia Tenggara yang beraksi dalam kancah Liga-J telah menjelmakan aksi memberangsangkan, jadi saya percaya pemain Malaysia boleh beraksi dalam Liga-J," terang Tashima.
Jelas Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, FAM juga mendapat suntikan dana AS$2 juta (RM8.1j) daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk membangunkan pusat latihan moden dan canggih di Putrajaya.
"Kami memikirkan cita-cita lebih besar dengan menghantar pemain dan jurulatih ke Jepun.
"Mereka akan ke sana bukan untuk sehari-dua, sebaliknya mereka akan ke sana untuk tempoh yang lama yang cukup untuk menimba pengalaman di Jepun.
"Banyak lagi perkara akan terlibat selain matlamat utama kami yang membabitkan skuad senior dan program pembangunan," ujarnya.
Sebelum itu, Tashima bersama delegasi Jepun membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sambil diiringi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul.
"Hari ini, kami telah mencapai kata persetujuan dengan badan induk antara yang paling teratur di dunia, JFA, untuk saling bekerjasama dengan banyak pihak seperti kerajaan kerana kami ingin membawa Malaysia ke tempat yang pernah Malaysia berada," kata Presiden FIFA, Gianni Infantino.