Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia berunding untuk mengecilkan lompong yang dhadapi pasukan akan umbi gara-gara penyingkiran awal skuad B-23 dalam Piala Mandiri ASEAN B-23, di Jakarta, minggu lalu.
Situasi itu dalam penilaian badan induk itu dengan mengambil kira beberapa pilihan dan faktor lain terutama soal dana.
Dengan mewajibkan beberapa slot untuk pemain B-23 antara yang sedang dipertimbangkan.
"Ia akan dibincangkan dengan pihak penganjur liga.
"Ia akan diperhalusi kerana FA (persatuan) bukan (melibatkan) sebuah pasukan sahaja.
"Ia melibatkan kos ke atas semua pasukan.
"Ini satu kaedah yang baik, cuma kami akan lihat adakah bajet sebegitu mengizinkan untuk membentuk pasukan sedemikian (pembangunan)," katanya semalam.
Kegagalan skuad B-23 baru baru ini menjurus ke arah keperluan bahawa format Harimau Muda dikembalikan selepas dibubarkan 10 tahun lalu.
Namun, kekangan jelas yang dihadapi FAM ketika ini adalah bajetnya yang terlalu tinggi.
"Ia akan berpandukan bajet semasa. Tetapi ada juga beberapa kaedah yang akan dibincangkan dengan MFL untuk melihat ruang pendedahan kepada pemain muda dalam Liga Super dan Liga A1 Semi-Pro," katanya lagi.