Skip to main content

Bola Sepak

FAM belum mahu umum pencabar Harimau Malaya September depan

noor-azman.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih lagi berteka-teki mengenai lawan Harimau Malaya di pentas persahabatan menjelang kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), September depan.

Jelas Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, badan induk itu sedang menilai beberapa pasukan untuk menguji kekuatan skuad kendalian Kim Pan-gon yang dalam persiapan ke kempen Piala Asia Qatar 2023.

Harimau Malaya bakal menghadapi dua perlawanan persahabatan di tempat lawan dan difahamkan salah satunya ialah negara Tembok Besar, China.

Untuk rekod, China kini menghuni kedudukan ke-79 dunia sementara Malaysia di ranking ke-137 dunia.




"Kami akan umumkan, (calon) dah ada," katanya dalam Kongres Tahunan FAM Kali Ke-59 di Petaling Jaya, hari ini. 

Dalam perkembangan sama, FAM pada hari ini memeterai lanjutan kerjasama dengan Malaysia Aviation Group Berhad (MAG) yang merupakan syarikat induk Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Perjanjian lanjutan usahasama itu bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2024 hingga disember 2026.


"Ini (merupakan) sambungan kontrak (jadi) mungkin nampak ada keserasian yang jelas. 

"Dengan perjanjian ini, kami harap dapat hasilkan kejayaan yang lebih besar buat Harimau Malaya," kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi.
 

Advertisement

Must Watch Video