EPL
FA larang frasa rujuk Palestin
Persatuan Bolasepak (FA) akan merujuk kepada polis sekiranya pemain menggunakan frasa "from the river to the sea" berhubung konflik yang berterusan di Israel dan Gaza.
Kenyataan badan induk itu dibuat berikutan siaran media sosial, X, yang sudah dipadamkan oleh pemain Leicester, Hamza Choudhury.
Ungkapan itu, yang merujuk kepada daratan di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan yang sering digunakan oleh rakyat Palestin tetapi ada yang mentafsirkannya sebagai antisemetik.
Iklan
— Hamza Choudhury (@HamzaChoudhury1) October 30, 2023
Liga Anti-Fitnah, sebuah kumpulan hak sivil menggambarkan frasa itu sebagai: "Tuduhan antisemitik yang menafikan hak Yahudi untuk menentukan nasib sendiri termasuk melalui penyingkiran orang Yahudi dari tanah air nenek moyang mereka."
FA mengesahkan ia akan menulis surat kepada semua kelab untuk menasihatkan bahawa frasa itu boleh dianggap menyinggung perasaan ramai sambil menambah pihak polis boleh dirujuk jika perkara berkenaan dibangkitkan.
Must-Watch Video