Penggantungan tiga perlawanan ke atas pertahanan West Ham, Fabian Balbuena, dibatalkan selepas suruhanjaya bebas apabila hukumannya ketika menentang Chelsea itu dianggap satu kesilapan.
Skuad bimbingan Thomas Tuchel itu mencetak kemenangan penting dalam perebutan tempat keempat teratas bagi tiket Liga Juara-Juara (UCL) apabila gol tunggal Timo Werner sudah cukup untuk mereka mengutip tiga mata di Stadium London.
Harapan West Ham untuk memburu gol penyamaan semakin pudar sebaik Balbuena dilayangkan kad merah pada minit ke-81.
Ketika cuba mengeluarkan bola di sebelah kanan sayap kanan West Ham, Balbuena -- yang secara tidak sengaja -- terpijak kaki Ben Chilwell sebaik membuat tendangan.
Pengadil, Chris Kavanagh, pada mulanya hanya memberi kad kuning tetapi selepas meninjau video bantuan pengadil (VAR), dia kemudian mengubah keputusannya kepada kad merah lalu membangkitkan kemarahan pengurus The Hammers, David Moyes.
Namun, Persatuan Bolasepak England (FA) mendedahkan panel bebas menganggap keputusan Kavanagh itu sebagai silap.
Sehubungan itu, khidmat Balbuena boleh ditagih ketika berdepan Burnley, Selasa depan, tatkala kelab London berkenaan mahu meneruskan usaha mereka mengintai kedudukan empat terbaik.
Kekalahan minggu lalu itu menjadikan mereka tiga mata dipisahkan dengan pasukan kendalian Tuchel yang menguasai tangga keempa Liga Perdana Inggeris (EPL).

We can confirm that Fabian Balbuena’s red card in Saturday’s Premier League fixture against Chelsea has been overturned on appeal. The defender will now be eligible for our trip to Burnley.
— West Ham United (@WestHam) April 27, 2021