Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Everton berdepan pemotongan 12 mata akibat terus rugi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

everton.jpg
Liga Perdana Inggeris (EPL) mengesyorkan potongan sehingga 12 mata ke atas Everton berhubung dakwaan pelanggaran peraturan kewangan, menurut laporan awal pagi tadi. 

Daily Telegraph melaporkan pengelola liga itu telah meminta suruhanjaya bebas yang mendengar pertuduhan terhadap kelab Merseyside itu agar dikenakan sekatan.

Potongan 12 mata akan menyaksikan kedudukan Everton yang mengumpul lima mata semakin ini, namun baik The Toffees mahupun EPL sendiri belum menawarkan maklumat lanjut mengenai laporan itu.

Pada Mac lalu, EPL merujuk kelab itu kepada suruhanjaya atas dakwaan melanggar peraturan keuntungan dan kemampanan (P&S) pada musim 2021-22.

 

Peraturan P&S liga menghadkan kelab daripada mengalami kerugian maksimum £105 juta (RM608.6j) dalam tempoh tiga tahun atau berdepan sekatan.

Untuk rekod, Everton telah mengalami kerugian dalam tahun kelima berturut-turut dengan melibatkan nilai keseluruhan £430j (RM2.4 bilion).

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video