ENGLAND 3 ISRAEL 0
Lee Carsley mahu skuad B-21 England agar mencipta sejarah selepas mara ke final Euro 2023.
Morgan Gibbs-White, Cole Palmer dan Cameron Archer membantu England menundukkan Israel 3-0 dan mereka akan menentang Sepanyol di Georgia, hujung minggu ini.
Ia adalah kali pertama sejak 2009 mereka mara ke final Eropah tanpa pernah memenangi kejohanan itu sejak 1984.
“Ia satu pencapaian yang hebat untuk pemain. Kami bercakap tentang mencipta sejarah kami sendiri,” kata Carsley dalam sidang akhbar.
“Kami telah melakukannya dengan baik setakat ini tetapi perkara seterusnya adalah misi yang paling besar. Ia akan berlangsung dalam tiga hari lagi jadi pemulihan akan menjadi penting sekarang.

“Saya masih fikir bahawa banyak lagi penambahbaikan boleh dilakukan. Masih ada satu lagi tahap untuk pasukan ini capai. Mereka benar-benar berkembang sebagai sebuah kumpulan dan mereka layak menikmatinya.

“Saya sangat, sangat gembira buat mereka kerana saya sangat percaya bahawa kami mempunyai begitu banyak kualiti dan mereka hanya memerlukan peluang.
“Untuk melihat bagaimana mereka berkembang di dalam dan di luar padang adalah sesuatu yang cemerlang. Kadang-kadang kita mengambil mudah tahap pemain yang kita hasilkan.
“Kami memerlukan pemulihan dan pemain perlu mendapat sedikit masa rehat menuju perlawanan akhir. Mereka sangat bermotivasi untuk melakukannya dengan baik, saya sangat bertuah."