LIGA INGGERIS
Erik ten Hag tidak mahu 'bakar' wang demi sentuhan penyerang
Erik ten Hag menegaskan Manchester United tidak akan "membakar wang" untuk membawa masuk penyerang yang salah pada bulan ini sambil menolak cadangan akan memanggil semula Amad Diallo yang sedang menyerlah bersama Sunderland.
Selepas permulaan yang sukar sebagai pengurus The Red Devils, pasukan bimbingannya makin berkembang sejak akhir-akhir ini apabila menduduki tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi rentetan tiga kemenangan walaupun kekurangan pilihan di barisan hadapan.
Cristiano Ronaldo telah meninggalkan pasukan berikutan temu bual panasnya dengan Piers Morgan yang menyebabkan kontraknya ditamatkan bersama, manakala Anthony Martial bergelut dengan kecederaan.
Iklan
Tetapi di sebalik keperluan untuk menagih khidmat penyerang tengah bagi membantu United memburu kelayakan Liga Juara-Juara (UCL), Ten Hag berasakan United perlu mengelak kesilapan masa lalu dengan membazirkan kewangan dengan memancing penyerang yang salah.
"Kami memerlukan seseorang yang boleh memberi impak, jika tidak kami hanya membakar wang," katanya kepada pemberita sempena pertembungan dengan Bournemouth, awal pagi esok.
“Kami bukannya menguatkan skuad malah ia tidak akan membantu.
???Coming soon: the first of four consecutive home games to start the new year! ?#MUFC || #MUNBOU pic.twitter.com/VmIBJ1BiSa— Manchester United (@ManUtd) January 2, 2023
"Kami mempunyai pasukan yang bagus apabila semuanya bersedia. Kami mempunyai penyerang, Anthony Martial, dan saya sangat gembira dengan persembahannya dalam kebanyakan perlawanan.
"Dia mempunyai impak yang sangat baik. Jika anda melihat minit-minit permainannya dan impak yang dia hadirkan, ia sangat besar."
Begitupun, pakar taktikal dari Belanda itu menolak untuk terburu-buru memanggil semula Diallo yang melakar enam gol dalam 19 perlawanan bersama kelab Kejuaraan, Sunderland, sepanjang dipinjamkan.
"Saya tidak mahu mengganggu proses perkembangannya," katanya lagi.
Must-Watch Video