Skip to main content

Bola Sepak

Erik ten Hag kritik serangan Manchester United

manchester-united.jpg
Erik ten Hag mengkritik prestasi barisan hadapan Manchester United dalam kemenangan 1-0 ke atas Wolves, awal pagi tadi. 

United memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023/24 dengan tiga mata di sebalik Wolves melancarkan 23 percubaan -- jumlah terbanyak oleh pelawat di Old Trafford dalam liga untuk mengatasi rekod dilakar Chelsea pada November 2005.

Ten Hag menggantikan Mason Mount dan Alejandro Garnacho sebelum gol kemenangan Raphael Varane pada minit ke-76, manakala Antony keluar beberapa saat selepas Varane menanduk masuk hantaran lintang Aaron Wan-Bissaka.

Marcus Rashford turut dikeluarkan selepas persembahan yang kurang menyengat sementara Bruno Fernandes kerap kehilangan bola.




"Saya rasa kami sepatutnya menyumbat lima atau enam gol, malah kami mula tertekan," kata pengurus Manchester United itu. 

"Tetapi saya fikir jentera depan tidak berada dalam prestasi terbaik pada hari ini dan kami patut memanfaatkan peluang terhidang. 





"Minggu lalu, kami menjaringkan beberapa gol yang luar biasa. Minggu ini, kami kurang menyerlah tetapi ia akan menjadi pada masa akan datang. 

"Kami perlu bergerak dengan bola dan kompak. Apabila kami kompak, kami perlu agresif dan bersedia dalam perebutan bola. Hari ini, kami melepaskan beberapa gerakan dan serangan balas.

"Tetapi kami bernasib baik dapat mematahkan serangan balas dengan baik dan dalam Andre Onana menyelamatkan beberapa peluang menarik."

Ten Hag turut memberikan ringkasan yang kurang meyakinkan tentang persembahan pertama Mount: "Dia melaksanakan tugasnya, ia adalah persembahan yang sederhana, dia melakukannya dengan baik."

Advertisement

Must Watch Video