Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, tidak peduli sekiranya pasukan bimbingannya itu kini dianggap sebagai pilihan utama untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.
Dengan kemenangan pada Ahad lalu ke atas pasukan Brighton sekiranya digabungkan dengan keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu Manchester City dan Arsenal tempoh hari juga mampu membawa The Reds kembali ke puncak liga.
Tetapi dia juga sedar dengan baki sembilan perlawanan lagi keadaan boleh berubah dengan sekelip mata sahaja.
"Saya cukup yakin apabila kami tewas ketika berdepan Arsenal pada Februari lalu dan kami bukan lagi pasukan pilihan selepas kekalahan itu, mungkin betul tetapi saya tidak tahu dan tidak kisah.
"Salah satu perkara paling penting untuk mengharungi tempoh ini adalah dengan mengabaikan kekacauan di luar apabila prestasi kami meningkat mahupun turun lalu beremosi.
"Tiada jaminan untuk itu, hanya ada peluang. Lebih terbuka peluang yang ada, maka lebih besar kemungkinan kami boleh mengambilnya." katanya.