Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Ten Hag elak panjangkan insiden Fernandes tengking Onana

bruno_1.jpg
Pemain kebangsaan Portugal, Bruno Fernandes, dilihat bergaduh dengan rakan sepasukannya, Andre Onana, berkenaan keputusannya untuk membuat sepakan gol.

Begitupun, pengendali Manchester United, Erik ten Hag, pantas meredakan situasi itu apabila menegaskan  Fernandes telah menjalankan tugas sebagai ketua pasukan dengan baik. . 

Bruno mencetuskan pertikairan melibatkan sepakan gol dan sempat bertekak dengan Onana di tengah padang, malah mengingkari amanat jurulatih yang memintanya agar bertenang.

Dan sebaliknya dia menunjukkan isyarat lambaian tangan sahaja kepada Ten Hag. 

"Dia telah bertindak sebagai ketua pasukan, bertenaga dan kami sangat gembira mengenainya.

"Kami semua kecewa dan dia meluahkan perasaannya. Kami perlu memenangi perlawanan dan kami telah keciciran terlalu banyak mata  dalam beberapa perlawanan terakhir," kata pengurus berbangsa Belanda itu. 





 

Advertisement

Must Watch Video