Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, mempercayai bahawa terdapat tenaga baharu di sekeliling kelab itu ketika mereka bersedia untuk kempen penuh Liga Perdana Inggeris (EPL) 24/25 di bawah pemilik separuh kelab bola sepak itu, Jim Ratcliffe.

Pengendali berusia 54 tahun itu membawa pasukan itu mengakhiri tangga kelapan EPL dan dipercayai hampir dipecat sebelum memutuskan untuk memperbaharui lanjutan kontrak terbaru bersama gergasi Manchester itu sehingga 2026.

Bercakap kepada saluran media kelab dalam wawancara pertamanya sejak menandatangani perjanjian terbaru, jurulatih kelahiran Belanda itu berkata terdapat suasana baharu di sekeliling kelab.

"Kami memenangi Piala FA, kami memenangi Piala Carabao, tetapi kami juga mempunyai harapan yang tinggi daripada diri kami sendiri," katanya.

"Kami tahu ia tidak datang dalam sekelip mata, kami perlu berusaha untuk itu. Kami sangat bercita-cita tinggi, jadi kami perlu meningkatkan standard kami hari demi hari, dan bertambah baik setiap hari.