Manchester United kemungkinan kehilangan khidmat Facundo Pellistri menjelang pertemuan dengan Everton pada awal pagi Isnin.

Pemain Sayap Uruguay itu dikhabarkan mendapat kecederaan itu semasa tugasan antarabangsa.

Pellistri berada dalam kesebelasan utama dua kali buat Uruguay di mana dia berjaya membantu pasukan negaranya rekod dua kemenangan berturut-turut berdepan Argentina dan Bolivia.


Walaupun pemain 21 tahun itu tidak berada dalam kesebelasan utama Man United, dia juga diberi lebih masa bermain di bawah kendalian Erik ten Hag.

Kecederaan Pellistri itu adalah tambahan dalam senarai sembilan pemain bintang yang tiada dalam pemilihan buat Red Devils buat ketika ini.