Dua gol Antoine Semenyo dan jaringan menakjubkan dan satu daripada Justin Kluivert menyaksikan Bournemouth melonjak ke tangga kedua dalam Liga Perdana Inggeris hasil kemenangan 3-1 ke atas Fulham di Stadium Vitality.
Skuad kendalian Andoni Iraola dilihat bakal mengalami kekalahan pertama di liga teratas sejak hari pembukaan musim ini selepas pelawat menyerap tekanan susulan mendahului permainan menerusi Ryan Sessegnon.
Namun Semenyo menghasilkan momen ajaib untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-78 sebelum pemain gantian, Kluivert menyerlahkan lagi pertemuan awal pagi tadi dengan merembat masuk percubaan dari jarak jauh.
Semenyo melengkapkan kemenangan dalam masa tambahan dengan sentuhan cukup klinikal.
"Dia luar biasa, dia menunjukkannya setiap perlawanan sekarang," kata Kluivert, bercakap kepada Sky Sports, mengenai Semenyo.
"Dia sememangnya bertaraf dunia. Kami gembira memilikinya dan itulah sebabnya saya berkata kami mempunyai pasukan yang bagus."
Kejayaan buat tuan rumah melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada enam perlawanan liga utama untuk meninggalkan mereka satu mata di belakang pendahulu Liverpool menjelang perlawanan hujung minggu.
“Kemenangan ini satu satu kenyataan besar,” tambah Kluivert.
“Ketinggalan 1-0 dan mempunyai semangat berpasukan untuk bangkit adalah luar biasa.
"Ia masih awal [dalam musim], tetapi kami perlu berusaha untuk mencapai [kedudukan] tertinggi. Mentaliti yang kami ada sekarang bukan untuk melihat ke bawah tetapi ke atas dan kami akan terus melakukannya."