Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Saka menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan buat kali pertama bersama Arsenal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bukayo-saka-arsenal-liverpool-premier-league.jpeg
Bukayo Saka dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama selepas membantu pendahulu liga, Arsenal, memenangi kesemua empat perlawanan sepanjang bulan lalu.

Saka menghasilkan tiga gol dan dua bantuan jaringan dalam empat penampilan sepanjang bulan Mac lalu, di mana Arsenal menewaskan Everton, Bournemouth, Fulham dan Crystal Palace.

Hanya penyerang Manchester City, Erling Haaland (33), dan tonggak Tottenham, Harry Kane (23), telah terlibat dengan lebih banyak jaringan berbanding Saka (22) dalam saingan EPL musim ini.

Pemain berusia 21 tahun itu -- yang juga merupakan calon bagi Anugerah Pemain Terbaik musim ini -- merupakan satu-satunya pemain yang mencecah angka dua digit bagi jaringan (12) dan bantuan gol (10) dalam kejohanan itu musim ini.

Dengan membantu Arsenal berkelebihan lapan mata di atas City ketika ini -- dalam usaha The Gunners meraih gelaran liga pertama sejak 2004 -- Saka turut menjaringkan gol jarak jauh gemilang ketika membantu England menewaskan Ukraine 2-0 dalam waktu rehat antarabangsa baru-baru ini.

Dengan memenangi anugerah itu, Saka mengetepikan saingan daripada Alexander Isak, Alexis Mac Allister, Tyrone Mings, Mohamed Salah dan rakan separukannya di Arsenal, Leandro Trossard.

Dia menjadi pemain Arsenal kedua memenangi anugerah bulanan itu musim ini selepas Martin Odegaard muncul pemain terbaik bagi bulan November dan Disember lalu.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video