Pep Guardiola akan terlepas dua perlawanan Manchester City berikutan menjalani pembedahan bagi menyembuhkan masalah sakit belakangnya.
City mengesahkan bahawa pengurus yang membawa mereka bergelar juara 'treble' musim lalu itu sudah sekian lama bergelut dengan kecederaan berkenaan dan telah ke Barcelona untuk menjalani pembedahan "kecemasan" tetapi "rutin" malam tadi.
Guardiola akan kekal berada di Barcelona sepanjang tempoh pemulihannya dan dijangka terlepas perlawanan City menentang Sheffield United hujung minggu ini dan aksi menentang Fulham pada 2 September depan, di mana penolong pengurus, Juanma Lillo, akan bertindak sebagai penggantinya di tepi padang.
City menjangkakan Guardiola akan kembali ke pangkuan mereka selepas tamat waktu rehat antarabangsa untuk mengendalikan pasukan itu berdepan Wast Ham pada 16 September depan.
Satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu berkata: "Pep Guardiola hari ini telah menjalani pembedahan rutin di bahagian belakangnya.
"Pengurus Manchester City itu telah bergelut dengan kesakitan di belakangnya sejak kebelakangan ini dan telah ke Barcelona bagi menjalani pembedahan kecemasan yang dijalankan Dr. Mireia Illueca.
"Pembedahan itu berjalan dengan lancar dan Pep kini akan menjalani pemulihan di Barcelona."

Pep Guardiola has today undergone a routine operation on a back problem.
— Manchester City (@ManCity) August 22, 2023
Everyone at Manchester City wishes Pep a speedy recovery, and look forward to seeing him back in Manchester soon.