Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Pep Guardiola anggap prestasi Doku kian matang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

doku.jpg
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, beranggapan prestasi meningkat naik dan gerakan yang dipamerkan Jeremy Doku ketika membantu menewaskan Burnley 5-1 sebagai 'bijak'.

Pengurus berusia 54 tahun itu kagum dengan aksi meningkat pemain kebangsaan Belgium itu yang semakin berbahaya dalam mengatur serangan ke kubu pasukan lawan.

Doku menjadi watak penting dalam memberikan bantuan jaringan buat Cit, dengan jaringan The Netizens menerusi Maxime Esteve, Erling Haaland dan Matheus Nunes.

"Saya selalu minta pemain sayap untuk berdepan satu lawan satu, kadang-kadang dua lawan satu. Sekarang saya nampak keputusan Doku di kawasan serangan meningkat luar biasa.

“Dia mula nampak lorong, mula tahu bila perlu hantar bola dan bila perlu cuba. Dia menjadi ancaman besar apabila menentang pasukan yang bertahan rendah. Dulu dia agak sukar apabila menentang pasukan transisi, tapi sekarang dia bijak membawa bola ke kawasan berbahaya.

"Apabila dia membawa bola, dua tiga pemain lawan terpaksa mengasak, sekali gus membuka ruang buat rakan sepasukan. Itu kematangan yang semakin jelas." katanya.
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video