Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Pemilik Manchester United masih 'baik' terhadapnya --Ten Hag

tenhag.jpg
Jurulatih pasukan Manchester United, Erik ten Hag, menegaskan bahawa dia tidak bimbang akan kehilangan pekerjaanya sebaik sahaja musim tamat.

Sebaliknya berkata, pemilik The Red Devils, Sir Jim Ratcliffe, dan INEOS mempunyai budi bicara sebelum memecat ketua jurulatih itu. 

Bekas pengendali AFC Ajax itu menerima sejumlah kecaman daripada peminat Manchester United selepas menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan apabila sekadar membawa pasukan itu menduduki tangga kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL), dan berkemungkinan akan terlepas slot untuk ke bermain di saingan Eropah.

Kekalahan teruk 4-0 kepada Crystal Palace, pada Isnin lalu merupakan kekalahan yang ke-13 pasukan itu EPL musim ini –- yang paling banyak dalam kempen liga sejak 1989/1990 (16) -– dan yang ke-18 dalam semua pertandingan pada 2023/2024.

Kali terakhir mereka lebih mencatat rekod terburuk dalam satu kempen pada 1977/1978 dengan 19 kekalahan.
 

Advertisement

Must Watch Video