EPL
EPL: Mohamed Salah jaring dua gol ketika Liverpool mudah atasi Brentford
LIVERPOOL 3 BRENTFORD 0
Mohamed Salah meneruskan rekod jaringan cemerlangnya di Anfield apabila menghasilkan gol berganda ketika Liverpool mudah mengatasi Brentford 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat malam tadi.
Ia juga menyaksikan bintang Mesir itu kini mengumpulkan 200 gol sepanjang dalam bola sepak England.
Iklan
Hanya penyerang Manchester City, Erling Haaland, memiliki rekod jaringan lebih baik berbanding Salah dalam EPL musim ini, di mana Salah kini telah mengumpulkan 10 gol dan enam secara berturut-turut di laman sendiri untuk sekali lagi memahat sejarah bersama kelab berkenaan.
Kedua-dua penyerang bintang itu akan bertemu dalam aksi blokbuster EPL di Stadium Etihad selepas waktu rehat antarabangsa dan perlawanan itu dilihat akan menjadi ujian sebenar The Reds dalam usaha merebut gelaran musim ini.
Selepas memecahkan keampuhan Brentford dengan jaringan pembukaannya pada minit ke-39, Salah menggandakan kelebihan itu pada minit ke-62 sebelum Diogo Jota turut menemui sasaran pada minit ke-74.
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool menamatkan minggu malang mereka dengan nota positif selepas tewas kepada Toulouse dalam saingan Liga Europa (UEL) awal pagi Jumaat lalu dan seri dengan Luton Town empat hari sebelum itu.
Three goals, three points and a clean sheet ?#LIVBRE pic.twitter.com/alFcMzIDOP— Liverpool FC (@LFC) November 12, 2023
Must-Watch Video