Mohamed Salah hanya tinggal satu tahun dalam kontraknya bersama Liverpool, namun tidak lagi memikirkan tentang masa depannya.

Salah memulakan musim Liga Perdana Inggeris dengan dua jaringan dalam dua perlawanan, dan turut menghasilkan bantuan jaringan buat jaringan Diogo Jota ketika berdepan Ipswich Town.

Liverpool telah menang dua perlawanan pertama di bawaha kendalian Arne Slot, kini pengendali kelahiran Belanda itu berdepan tugas besar ketika The Reds bertemu Manchester United pada Ahad.

Dengan rentak cemerlang Salah, Liverpool akan menguji peluang untuk meraih tiga mata di Old Trafford, namun ia mungkin menjadi perlawanan terakhir di Old Trafford buat pemain kebangsaan Mesir itu.

Kontrak Salah bakal tamat pada penghujung musim ini, manakala dia masih lagi tidak memiliki sebarang perancangan tetap bagi masa depannya, menjelaskan dia hanya mahu menikmati tahun terakhirnya bersama pasukan.

"Sebelum musim ini, saya seperti 'saya mempunyai satu tahun lagi, mari kita nikmati sahaja dan jangan fikir tentang kontrak'," kata Salah kepada Sky Sports.

“Saya tidak mahu memikirkan tahun depan atau masa depan, saya hanya mahu menikmati tahun terakhir [kontrak saya].

"Perkara yang paling penting ialah mengambil satu hari pada satu masa dan hanya bersyukur kerana berada di sini."