Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Mikel Arteta percaya Declan Rice mampu pacu Arsenal ke tahap berbeza

declan-rice.jpg
Mikel Arteta melihat pemain baru dengan rekod termahal Arsenal, Declan Rice, mampu memberikan nafas baru buat pasukan London itu untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas berbelanja besar mendapatkan Kai Havertz dan Jurien Timber, The Gunners melengkapkan jendela perpindahan mereka dengan rekod termahal British, £105 juta (RM623.39 juta), untuk mendapatkan kapten West Ham itu minggu lalu.

Ketibaan Rice akan memperkuatkan lagi pasukan bimbingan Arteta itu, yang mengatasi tawaran juara EPL, Manchester City, untuk mendapatkan pemain kebangsaan England berkenaan.

Ia satu pembelian yang diharap Arsenal dapat membantu mereka untuk mengatasi City bimbingan Pep Guardiola dalam misi menjuarai EPL buat kali pertama sejak 2004.
 
"Saya melihatnya seperti rumah api -- dia bersedia untuk memberikan sinar buat pemain lain dan meningkatkan pemain lain dan menjadikan pasukan ini lebih baik dan itulah kualiti terbaik yang dimilikinya," kata pengurus Arsenal itu.

"Bagi saya, untuk menjadi seorang pemain tengah, anda perlu memiliki kualiti itu dan dia 100 peratus memilikinya.

"Cara dia bercakap dan memperkenalkan dirinya, cita-cita dan minat yang dimilikinya ketika dalam perlawanan, itulah yang kami perlukan.

"Ia tentang kepimpinannya, tentang auranya, pengalaman yang dimilikinya dalam liga dan saya fikir dia akan membawa pasukan ini ke satu dimensi berbeza," katanya.
 
 

Advertisement

Must Watch Video