BOLA SEPAK
EPL: Merungkai bagaimana drama luar biasa berlaku di Stadium Tottenham Hotspur
Cristian Romero berdepan penggantungan tiga perlawanan selepas dilayangkan kad merah akibat melakukan terjahan berbahaya, manakala dua pemain utama Spurs – James Maddison dan Micky van de Ven – tumbang akibat kecederaan hamstring yang ketara.
Hanya selepas 10 minit di separuh masa kedua, Tottenham dipaksa bermain dengan 9 pemain apabila Destiny Udogie dilayangkan kad kuning kedua.
Di sini agensi berita PA mula melihat bagaimana kegilaan yang berlaku dalam pertandingan Liga Perdana.
Iklan
Minit ke-13: Mendahului 1-0 menerusi gol terpesong Dejan Kulusevski pada minit keenam, gol kedua pendahulu tanpa tewas, Tottenham menerusi Son Heung-min dinafikan selepas VAR memutuskan jaringan itu ofsaid.
Minit ke-18: Udogie bernasib baik kerana hanya dilayangkan kad kuning untuk cabaran dua kaki ke atas Raheem Sterling.
Minit ke-21: Romero terlepas daripada hukuman kerana menendang keluar Levi Colwill. Bagaimanapun, permainan diteruskan dengan Sterling berpendapat dia telah menyamakan kedudukan - hanya untuk VAR menafikannya kerana ofsaid.
Minit ke-28: Chelsea mempunyai satu lagi gol yang diketepikan menerusi VAR kerana ofsaid ketika situasi Nicolas Jackson diadili sebagai campur tangan apabila Moises Caicedo membuat gerakan solo dari jarak 25 ela. Sementara menunggu keputusan VAR, aksi diteruskan kembali kepada cabaran Romero beberapa saat sebelum gol yang tidak dibenarkan dan tindakan susulan pemain Argentina itu ke atas Enzo Fernandez yang dianggap layak menerima kad merah dan penalti.
Minit ke-35: Selepas tangguhan masa selama tujuh minit untuk pelbagai reviu, Cole Palmer akhirnya meledak kebuntuan jaringan.
Minit ke-37: Sterling dan Fernandez bergandingan untuk mencipta peluang namun usaha itu disia-siakan ekoran kedudukan Jackson disahkan ofsaid.
Minit ke-45+1: Maddison terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan kaki dan digantikan oleh Pierre-Emile Hojbjerg.
Minit ke-45+10: Pape Sarr dan Colwill terlibat dalam kekerasan berlaku selepas Jackson terlebih dahulu lakukan kekerasan pada pihak lawan, mengakibatkan kad kuning untuk kedua-duanya.
Minit ke-55: Udogie dibuang padang kerana mengasari Sterling
Minit ke-75: Tottenham teruskan corak bermain bertahan tinggi walaupun tempang dengan sembilan pemain dan akhirnya terbayar apabila hantaran lintang Sterling untuk Jackson berhasil menjadikan kedudukan 2-1.
Minit ke-79: Eric Dier melakukan sepakan voli, hanya untuk dilayangkan bendera ofsaid.
Minit ke-90+4: Jackson terjemah hantaran lintang Conor Gallagher dari jarak 10 ela untuk memastikan menjadikan kedudukan lebih selesa hanya beberapa saat selepas Son terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan.
Minit ke-90+7: Jackson melengkapkan hatrik yang tidak dijangka dan melepasi banteng pertahanan tinggi lawan untuk menjadikan kedudukan 4-1.
Must-Watch Video