Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Marcus Rashford kekal lima tahun lagi di Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marcus-rashford.jpg
Marcus Rashford menandatangani kontrak baru lima tahun bersama Manchester United.

Pemain berusia 25 tahun itu hadir daripada program pembangunan di Old Trafford dan berkembang pesat untuk kini menjaringkan 123 gol daripada 359 penampilan bersama skuad utama pasukan itu.

Dia berkata: "Saya menyertai Manchester United ketika masih lagi seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dengan satu impian.

"Minat, kebanggaan dan keazaman untuk berjaya masih sama dan ia sentiasa mendorong saya setiap kali saya menyarung jersi ini.
 
"Saya sudahpun memiliki pengalaman yang luar biasa bersama kelab yang hebat ini tetapi masih banyak untuk saya capai dan saya tidak akan berehat daripada berazam untuk memiliki lebih banyak trofi bagi tahun-tahun mendatang.

"Sebagai seorang penyokong United sepanjang hidup, saya tahu tanggungjawab untuk mewakili lambang ini dan saya dapat rasa naik turunnya seperti orang lain.

"Saya boleh beri jaminan bahawa saya akan memberikan segala-galanya untuk membantu pasukan ini mencapai tahap yang semampunya kami dan saya dapat rasa keazaman yang sama dalam bilik persalinan.

"Saya amat teruja dengan masa depan saya bersama pengurus baru ini," katanya.
 
Pemain kebangsaan England buat kali pertama melangkaui rekod 30 gol di bawah bimbingan Erik ten Hag musim lalu dan kontrak asalnya sepatutnya tamat musim panas depan.

Pengumuman mengenai kesepakatan barunya itu tiba pada hari yang sama United mencapai persetujuan untuk mendatangkan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana, dan pertahanan, Jonny Evans, pula kembali menyertai kelab itu secara kontrak jangka pendek.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 17 of 38
Sabtu, 20 Dis
08:30 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
West Ham United-team-logo West Ham United
Ahad, 21 Dis
01:30 AM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Liverpool-team-logo Liverpool
04:00 AM
Everton-team-logo Everton
Arsenal-team-logo Arsenal
04:00 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Isnin, 22 Dis
12:30 AM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Manchester United-team-logo Manchester United
Selasa, 23 Dis
04:00 AM
Fulham-team-logo Fulham
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest

Must Watch Video