EPL
EPL: Manchester United dalam fasa terakhir siasatan Mason Greenwood
Manchester United berkata mereka kini sedang melalui fasa terakhir bagi siasatan dalaman dalam menentukan masa depan Mason Greenwood.
Pemain berusia 21 tahun itu digantung kelab berkenaan sejak 30 Januari 2022 gara-gara dakwaan melibatkan seorang wanita muda selepas tular beberapa gambar dan video yang disebarkan secara atas talian.
Greenwood menghadapi beberapa pertuduhan, temasuk percubaan merogol dan melakukan serangan, sebelum Crown Prosecution Service pada enam bulan lalu mengumumkan bahawa pendakwaan berkenaan tidak lagi diteruskan.
Iklan
Bagaimanapun, penyerang itu kekal digantung United sehingga kini dan kelab berkenaan mengumumkan bahawa keputusan mengenai masa depannya kian hampir menemui penyelesaian.
Satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu berkata: "Susulan pengguguran semua pertuduhan terhadap Mason Greenwood pada Februari 2023, Manchester United telah menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan yang dibuat terhadapnya.Club statement.— Manchester United (@ManUtd) August 16, 2023
"Ini berdasarkan bukti dan bukan berdasarkan konteks pandangan awam, dan kami telah mendengar daripada ramai yang terlibat secara langsung atau mempunyai maklumat berkenaan kes ini.
"Sepanjang proses ini, kebajikan dan perspektif mangsa yang didakwa menjadi tumpuan kepada keperluan kelab, dan kami menghormati haknya untuk tidak mahu namanya disiarkan sepanjang hayat.
"Kami juga memiliki tanggungjawab terhadap Mason sebagai pekerja, sebagai seorang yang masih muda dan telah bersama kelab ini sejak umurnya tujuh tahun, dan sebagai bapa bersama pasangannya.
"Fasa pencarian fakta dalam penyiasatan kami kini selesai dan kami berada di peringkat akhir untuk membuat keputusan mengenai masa depan Mason.
"Bertentangan dengan spekulasi media, keputusan itu masih belum dibuat dan kini menjadi subjek perbincangan dalaman yang intensif. Tanggungjawab akhirnya akan terletak pada Ketua Pegawai Eksekutif.
“Apabila ia dibuat, keputusan itu akan dimaklumkan dan diterangkan kepada pihak berkepentingan secara dalaman dan luaran kelab.
“Ini adalah kes yang sukar untuk semua orang yang dikaitkan dengan Manchester United, dan kami memahami pendapat kuat yang dicetuskannya berdasarkan sebahagian bukti yang dedahkan kepada umum.
"Kami memohan kesabaran sepanjang kami menjalankan proses akhir ini, yang perlu dipertimbangkan dengan teliti."
Semalam, The Athletic melaporkan bahawa ketua eksekutif kelab itu telah berbincang dengan pimpinan eksekutif mereka pada awal bulan ini untuk membawa semula Greenwood ke dalam skuad utama mereka.
Graduan akademi United itu telah menjaringkan 35 gol daripada 129 penampilan bersama kelab berkenaan, di mana kali terakhir dia mewakili United adalah pada 22 Januari 2022.
Must-Watch Video