Manchester City bersedia untuk dakwaan bahawa mereka melakukan pelangaran peraturan kewangan, dibawa ke suruhanjaya bebas sambil mengakui terkejut dengan dakwaan itu, yang dikeluarkan Premier League malam tadi.
Liga itu mendakwa kelab berkenaan melakukan beberapa perlanggaran peraturan dalam kejohanan itu -- yang dilakukan sejak musim 2009-10.
Bagaimanapun, maklum balas yang dikeluarkan City menegaskan bahawa mereka mempunyai "bukti lengkap yang tidak dapat disangkal" bagi mempertahankan kedudukan mereka.
"Manchester City terkejut apabila didakwa melanggar peraturan Premier League, terutama dengan penglibatan berterusan dan sejumlah besar bahan terperinci yang telah diserahkan EPL (Liga Perdana Inggeris)," kata kenyataan yang dikeluarkan kelab itu.
"Kelab ini mengalu-alukan siasatan terhadap perkara ini oleh sebuah suruhanjaya bebas untuk mengadili secara saksama segala butiran dan bukti yang tidak dapat disangkal dalam menyokong kedudukan kami.
"Dengan itu, kami berharap perkara ini dapat diselesaikan secara keseluruhannya."

Club statement
— Manchester City (@ManCity) February 6, 2023