Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Manchester City perlu terus buktikan masih pasukan terbaik, kata Jeremy Doku

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jeremy-doku.jpg
Jeremy Doku yakin bahawa Manchester City masih pasukan terbaik dan berazam untuk membuktikan perkara itu.

Pemain sayap Belgium itu menyinar ketika pasukan berkenaan kembali ke landasan kemenangan ketika menewaskan Brighton 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad malam kelmarin.

Doku mencetuskan jaringan pembukaan Julian Alvarez dan sentiasa menjadi ancaman di kubu lawan selepas City sebelum itu mengalami dua kekalahan berturut-turut, yang menyaksikan mereka tergelincir daripada kedudukan teratas EPL.

Doku, yang ditandatangani City daripada Rennes pada musim panas lalu, berkata: "Ia amat penting, bukan hanya untuk kedudukan liga tetapi ia juga penting untuk pemikiran kami.

"Ia perlawanan yang sukar tetapi kami pasukan yang bagus, pasukan terbaik daripada pandangan saya dan kami perlu membuktikannya setiap masa, dalam setiap perlawanan ketika kami di atas padang.

"Di sini, kami dapat melakukannya," katanya.
 
 

Advertisement

Must Watch Video