Tanpa segan silu Manchester City menewaskan seteru tetangga, Manchester United, 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stadium Etihad, semalam.
Bermain di tempat sendiri, The Cityzen jelas menggunakan kelebihan itu sebagai punca utama meraih kemenangan mudah ke atas The Red Devils.
Seawal minit ke-18, bintang kebangsaan England, Phil Foden, membuka jaringan dengan menanduk hantaran silang Jeremy Doku sehingga mengakibatkan kemarahan Altay Bayindir yang gagal menepis bola tersebut.
Tonggak berusia 25 tahun, Erling Haaland, tidak ketinggalan untuk terus mengecewakan kem pelawat susulan tenang menampan bola untuk gol kedua tuan rumah.
Haaland sekali lagi merobek gawang United dengan Bernardo Silva melakukan bantuan jaringan selepas kesempatan kesilapan bahagian tengah United membolehkan Manchester City berjaya mendapatkan tiga mata penuh.
Usai tamat aksi, kecoh di media sosial melibatkan beberapa peminat mempersoalkan kebolehan ketua jurulatih, Ruben Amorim, yang dilihat tidak berpotensi membawa pasukan itu jauh ke arah lebih baik.
Desakan untuk pengendali kelahiran Portugal itu untuk meletakkan jawatan semakin membuak dan mahu pihak pengurusan mengambil langkah proaktif secepat mungkin.
Manchester United hanya bersaing dalam kancah domestik, namun tetap sukar untuk mengekalkan momentum terbaik.

Defeat in the derby. pic.twitter.com/Ift5I9oyyi
— Manchester United (@ManUtd) September 14, 2025