Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Liverpool kena cari jalan 'keluar gua'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

berita.jpg

Liverpool terus bergelut apabila tewas 2-3 kepada Brentford, menjadikan ini kekalahan keempat berturut-turut mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kekalahan mengejut di Stadium Gtech Komuniti pada awal pagi Ahad itu menonjolkan kelemahan pertahanan, kegagalan penguasaan tengah padang, serta prestasi hambar pembelian mahal seperti Florian Wirtz (RM552 juta) dan Milos Kerkez (RM184 juta).

Advertisement

Mengulas kekalahan itu, pengendali The Reds, Arne Slot mengakui prestasi pasukan mengecewakan, khususnya dalam menghadapi bola mati dan serangan balas lawan.

Gol Brentford hadir seawal minit ke-5 melalui Dango Ouattara, diikuti gol Kevin Schade(m-45) sebelum sepakan penalti Igor Thiago (m-60) memastikan kemenangan tuan rumah.

Mohamed Salah hanya mampu menjaringkan gol tunggal pada minit akhir permainan yang tidak mencukupi untuk mengubah nasib pasukan.

Satu lagi gol Liverpool dijaringkan Milos Kerkez pada penghujung masa tambahan babak pertama.

Liverpool kini perlu segera memulihkan rentak menjelang aksi menentang Crystal Palace (Piala Liga Inggeris) Khamis ini, diikuti Aston Villa, Real Madrid (Liga Juara-Juara) dan Manchester City.

Tugas utama Slot kini ialah memulihkan prestasi skuad bernilai hampir RM1.7 bilion agar mampu kembali bersaing di peringkat liga dan Eropah. - Sinar Harian

Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Topik Berkaitan

Must Watch Video