Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Kekalahan terburuk -- Slot kecewa Liverpool tumbang lagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liv.jpg
Pengurus Liverpool, Arne Slot, beranggapan keputusan tewas 2-3 kepada Brentford di Stadium Komuniti GTech awal pagi tadi merupakan antara perlawanan 'terburuk' daripada empat kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Terdahulu, mereka terpaksa akur kehilangan rentak dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula dengan keputusan tewas kepada Crystal Palace, Chelsea dan Manchester United.

"Perkara paling membimbangkan adalah apabila anda tewas empat kali berturut-turut. Ia sentiasa mengenai keputusan, kemudian baru menilai prestasi. Pada pendapat saya hari ini (keputusan) adalah yang terburuk daripada empat kekalahan yang kami alami. 

 


"Selepas 30 minit saya rasa Brentford menguasai permainan sekali lagi dengan hantara jauh dan situasi bola mati dan mereka benar-benar bagus.

"Saya berasakan kami tidak melakukan perkara asas dengan betul, terutamanya dalam babak pertama dan sebahagian babak kedua juga." katanya.

Kekalahan keempat berturut-turut dalam kempen liga itu meletakkan mereka kini jatuh di kedudukan keenam dengan 15 mata daripada sembilan perlawanan meskipun bermula dengan langkah kanan sebelum ini.
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video