Liverpool tiada kaitan dengan pemburuan kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini, menurut pengurus, Jurgen Klopp.
The Reds menundukkan Nottingham Forest 3-2 di Anfield dalam satu perlawanan yang mendebarkan, awal pagi tadi, untuk enam mata di belakang kelab yang menguasai kedudukan keempat, Newcastle United, walaupun telah bermain lebih satu perlawanan.
Sekalipun menunjukkan petanda prestasi garang yang pernah dimiliki menerusi kemenangan berturut-turut minggu ini ketika berdepan Forest dan Leeds United, Klopp tidak percaya misi mengesahkan tiket Liga Juara-Juara (UCL) pada masa ini mampu ditunaikan.
“Sejujurnya, kami tiada kaitan dengan kedudukan empat teratas pada masa ini,” katanya kepada BBC Sport.
“Kita akan lihat perkara ini dalam beberapa minggu lagi. Selebihnya kami tidak mampu mempengaruhinya.
"Kami harungi satu persatu perlawanan dan kami akan menghadapi West Ham dalam aksi seterusnya yang sememangnya sukar dan kemudian kami akan teruskan perjuangan.
"Saya gembira kami sekali lagi meraih tiga mata."

3 points ?? @LFC pic.twitter.com/3qQmgLops1
— Ibrahima Konate (@IbrahimaKonate_) April 22, 2023