Jurgen Klopp memberi isyarat bahawa dia lebih cenderung untuk bersara daripada kembali ke bidang pengurusan.
Klopp meninggalkan Liverpool pada penghujung musim lalu dan sedang menikmati tempoh 'percutiannya'.
Pengurus dari Jerman itu telah dikaitkan untuk mengisi jawatan kosong England tetapi segera menjauhkan diri daripada spekulasi sedemikian, malah turut dilaporkan menolak tawaran untuk melatih Amerika Syarikat.
Dan pengurus berusia 57 tahun itu yang sempat melatih Mainz sebelum memimpin Borussia Dortmund yang menyaksikan mereka menjulang kejuaraan Bundesliga berturut-turut mendedahkan buat masa ini, dia menganggap dirinya sudah bersara, namun dia membiarkan pintu terbuka untuk kembali ke bola sepak dalam beberapa kapasiti.
"Mari kita lihat bagaimana rupanya dalam masa beberapa bulan ke depan. Tetapi tiada apa-apa yang akan berlaku pada masa ini," katanya.
"Setakat hari ini, itu sahaja untuk saya sebagai jurulatih. Saya tidak berhenti kerana sesuka hati, ia adalah satu keputusan umum.
"Saya juga pernah melatih kelab terbaik dunia. Mungkin kita boleh bercakap mengenainya lagi dalam beberapa bulan.
"Saya masih berminat bekerja dalam kancah bola sepak dan mencurahkan pengalaman dan membantu kenalan saya. Mari lihat apa lagi yang ada untuk saya."

"We'll see how things look in a few months"
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) July 31, 2024
Former Liverpool boss Jurgen Klopp on his future ? pic.twitter.com/vlhlWlDbwi