Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Haaland makin pulih, sedia diturunkan City lawan Leeds

erling-haaland.jpg
Erling Haaland bergelut untuk pulih daripada kecederaan kaki tetapi Pep Guardiola menjangkakan penyerang itu akan dapat memainkan peranan ketika Manchester City menentang Leeds United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok.

Haaland mempamerkan prestasi luar biasa musim ini, di mana dia sedang mendahului carta penjaring terbanyak EPL dengan 18 gol dalam musim pertamanya bersama City selepas meninggalkan Borussia Dortmund.

Bagaimanapun, dia mengalami kecederaan kaki ketika menentang Dortmund pada Oktober lalu dan sejak itu, kecederaan berkenaan kerap mengganggunya, walaupun mendapat rehat yang mencukupi sepanjang tempoh Piala Dunia Qatar lalu.

"Kecederaannya amat berbeza berbanding musim lalu," kata Guardiola.

"Dia mengalami kecederan di kakinya sewaktu beraksi dalam UCL dan doktor mengatakan bahawa dia mengalami kecederaan ligamen di otot kakinya.

"Ia menyakitkan dan bukan mudah untuk pulih, kerana itu dia bergelut.

"Tetapi ia masalah otot dan dia kini berasa lebih baik dan kami sedar ia tentang masa, sudah pasti kami memerlukannya.

"Saya fikir dia akan bersedia (untuk menentang Leeds). Dari hari ke hari, dia kelihatan semakin baik.

"Selagi dia boleh berlatih, dia akan mendapatkan kembali kecergasannya," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video