Liga Perdana Inggeris (EPL) gagal dalam usaha menyekat perpindahan pinjaman di antara kelab parti bersekutu pada Januari depan.
Langkah itu bertujuan untuk menghalang kelab seperti Newcastle daripada meminjam pemain daripada kelab lain yang turut dimiliki oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi tatkala mereka telah dikaitkan dengan perpindahan sementara Ruben Neves yang mewakili kelab Saudi, Al-Hilal.
EPL memerlukan 14 daripada 20 kelab untuk mengundi larangan itu dalam mesyuarat pemegang saham di London semalam tetapi menurut agensi berita, PA, melaporkan undian berkenaan berakhir 13-7 yang memihak kepada sekatan tersebut tetapi masih belum mencukup untuk menolak usul itu.
Newcastle yang dilanda krisis kecederaan berpeluang membawa masuk bekas pemain tengah Wolves, Neves, secara pinjaman untuk menggantikan Sandro Tonali berikutan penggantungan selama 10 bulan kerana melanggar peraturan perjudian.

Begitu juga, Manchester City akan dapat meminjam pemain dari kelab lain yang dimiliki oleh Kumpulan Bola Sepak City.
Dalam satu lagi kurang enak buat pengelola itu, barisan kelab belum bersetuju dengan syarat yang dikenali sebagai 'New Deal' yang berkaitan pembahagian £900 juta dalam kalangan kelab EPL.
Penganjur berharap untuk mengesahkan pakej itu semalam tetapi difahamkan tiada undian berlaku.
Di sebalik perbincangan selama tiga jam itu, mereka tidak dapat mencapai kesepakatan mengenai langkah baru kawalan kos untuk kancah EPL dan EFL.