Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Fulham tempah tiket musim depan

aleksandar-mitrovic.jpg
FULHAM 3 PRESTON 0

Fulham layak ke Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali ketiga dalam tempoh lima musim menerusi kemenangan 3-0 ke atas Preston North End, awal pagi tadi. 


Ketiga-tiga gol itu hadir dalam separuh masa pertama di Craven Cottage yang menyaksikan Aleksandar Mitrovic membuka tirai jaringan perlawanan pada minit kesembilan.

Fabio Carvalho menggandakan kelebihan itu sebelum Mitrovic menambah satu lagi sebelum rehat. 

The Cottagers mempamerkan reputasi 'yo-yo' sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Mereka dinaikkan pangkat pada 2018 namun tergelincir dengan pantas sebelum naik semula pada 2020 dan kembali tersingkir. 

Barisan elit bimbingan Marco Silva itu memberi isyarat untuk mengekalkan status divisyen utama pada kali ini.



 
Fulham pernah kekal selama 13 musim EPL dari 2001 hingga 2014 yang juga merupakan kali terakhir mereka menikmati musim berturut-turut di peringkat teratas.

Kempen mereka musim ini didorong oleh ledakan berbisa Mitrovic yang mencetak 40 gol liga.

Silva dilantik sebelum musim ini bermula bagi menggantikan Scott Parker yang menyertai Bournemouth.

Pengurus berbangsa Portugis itu memiliki pengalaman EPL sebelum ini apabila pernah mengemudi Hull City, Everton dan Watford.

Advertisement

Must Watch Video