Bekas pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand membidas sikap dan alasan yang diberikan oleh pengendali Liverpool, Arne Slot atas prestasi buruk yang dicatatkan oleh kelab Liga Perdana Inggeris itu kebelakangan ini.
Jelas Ferdinand, alasan seperti pemain lawan lebih banyak bermain bola jauh dan sepertinya sama sekali tidak masuk akal dan tidak boleh diterima oleh penyokong setiap The Reds apatah lagi ia terkeluar daripada mulut Slot.
Kenyataan seperti itu kata Ferdinand hanyalah alasan yang sangat lemah daripada pengendali itu ketika Liverpool adalah pasukan yang sebenarnya lebih baik dan mampu mengatasi prestasi yang diharungi mereka ketika ini.
"Alasan seperti 'pasukan lawan banyak main bola jauh' tidak boleh diterima. Ada pelbagai cara untuk bermain bola sepak, bukan hanya teka-teki. Kalau pasukan menjaringkan gol menerusi situasi bola mati seperti Arsenal, siapa peduli? Yang penting menang." Jelas Ferdinand.
Malah Ferdinand mengakui kelab di Anfield itu ketika ini sememangnya memiliki barisan pemain terbaik dunia pernah dimiliki termasuk Van Dijk dan Ibrahima Konate iaitu dua pertahanan tengah terbaik dunia.
"Dalam Liga Perdana Inggeris, penguasaan bola kedua amat penting dan mereka kini gagal menyesuaikan diri. Empat kekalahan berturut-turut bukan alasan," katanya lagi.
Ferdinand turut menyalahkan aktiviti perpindahan musim panas yang didakwanya mengganggu kestabilan skuad.
Kehilangan Trent Alexander-Arnold akibat kecederaan menjadi tamparan besar, namun penjualan Luis Diaz ke Bayern Munich dengan nilai 65.5 juta pound (RM364 juta) juga dianggap langkah silap.

Nike Phantom 6 Low Academy
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang